APAKAH PENYAKIT KUSTA ?
Penyakit berjangkit yang
kronik yang melibbatkan kulit dan urat saraf.
APAKAH YANG MENYEBABKAN KUSTA
?
Kusta disebabkan oleh sejenis
kuman yang dipanggil `Mycobacterium Leprae'
JENIS KUSTA
Kusta ada 2 jenis iaitu:
- Paucibacillary - calitan
toreh kulit negatif
- Multibacillary - toreh
kulit positif
TANDA-TANDA PENYAKIT KUSTA
|
|
Jenis Paucibacillary
Terdapat satu atau beberapa tompok yang mati
rasa (kebas) atau tompok-tompok merah yang tidak gatal.
Penyakit kusta ini tidak berjangkit, tetapi
bila lambat diubati akan menimbulkan kecacatan. |
Jenis Multibacillary
Tompok putih-kemerahan yang merebak di seluruh
kulit badan
Tanda-tanda awal dari jenis ini sering terjadi
pada cuping telinga dan muka
Kusta jenis ini boleh berjangkit |
|
|
RAWATAN
Dengan rawatan cara baru,
iaitu MDT (multi Drug Theraphy), jangka masa rawatan adalah 1
tahun untuk jenis Paucibacillary dan 3 tahun untuk jenis Multibacillary.
AKIBAT RAWATAN YANG TIDAK
MENGIKUT PERATURAN
Jika anda mengidap Kusta,
anda perlu patuh pada peraturan dan regim rawatan yang ditetapkan.
Rawatan yang tidak mengikut peraturan akan menyebabkan kecacatan,
seperti:
|
|
|
Kecacatan Pada Muka - hidung akan mengempis dan
bulu kening/mata hilang |
|
Kecacatan Tangan - kehilangan otot tapak tangan,
jari-jari membengkak, tenaga pada tangan lemah dan fungsi pada
tangan terjejas. |
|
|
|
Kecacatan Kaki - jari-jari kaki hilang rasa,
peringkat melarat jari atau keseluruhan tapak kaki akan buruk
atau putus |
|
Mata akan buta |
[KE ATAS]
APAKAH
PENYAKIT TIBI ?
Tibi merupakan sejenis penyakit
yang MERBAHAYA. Ia bolehmenyebabkan penderitaan dan KEMATIAN
jika tidak dirawat.
Tibi disebabkan oleh kuman
halus yang digelar TUBERCLEBACILLI dan kuman ini boleh dilihat
hanya denganmenggunakan mikroskop.
Kuman Tibi biasanya menyerang
PARU-PARU,walaubagaimana pun mana-mana bahagian badan juga boleh
terjejas.
Tibi Paru-paru (atau TlBI
PULMONARI merupakan jenis Tibi yang sering terjadi di kalangan
manusia.
BAGAIMANA TIBI MEREBAK?
Tibi merupakan sejenis penyakit
SEBARAN UDARA.
Kuman Tibi disebarkan melalui
udara dalam bentuk titisan yang dikeluarkan apabila seseorang
yang menderitai Tibi paru-paru atau TlBI PULMONARI yang aktif
itu batuk.
Mereka yang menderitai penyakit
TIBI PULMONARI yang aktifbiasanya mengalami batuk. Setiap kali
batuk,mereka mengeluarkan titisan-titisan halus yang membawa
beribu-ribu kuman Tibi terapung-apung di udara di sekitar mereka
untuk beberapa ketika.
Sesiapa yang menyedut titisan-titisan
halus yang mengandungi kuman Tibi ini akan menghadapi risiko
dijangkiti dan menghidapi
Mereka yang menderitai penyakit
TIBI PULMONARI yang aktif yang batuk dan bersin dengan itu, boleh
merebakkan penyakit ini kepada orang-orang yang berhubung rapat
dengan mereka.
GEJALA-GEJALA TIBI PULMONARI
- Batuk yang berlangsung selama
2 minggu atau lebih.
- Kahak mungkin mengandungi
darah.
- Demam, selalunya berpeluh,
pada waktu petang atau malam.
- Mudah letih dan berasa lemah.
- Mungkin mengalami sakit dada
khususnya apabila batuk atau menarik nafas panjang.
- Hilang selera makan.
- Kurang berat badan.
BAGAIMANA MENDIAGNOSIS ATAU
MENGESAN TIBI PULMONARI?
Jika anda mengalami batuk
yang berlangsung selama 2 MINGGU ATAU LEBIH, anda hendaklah menguji
kahak anda untuk kuman Tibi.
Ujian kahak boleh dijalankan
di PUSAT KESIHATAN ATAU HOSPITAL yang berhampiran.
X-ray dada mungkin boleh membantu.
RAWATAN TIBI
Rawatan untuk penyakit Tibi
mengambil masa 6 bulan. Ia mengandungi mula-mulanya RAWATAN HARIAN
SELAMA 2BULAN biasanya 4 jenis ubat diambil dengan disaksikan
oleh kakitangan perubatan atau orang lain yang dilantik untuk
menyeliakan rawatan.
* Ini diikuti oleh rawatan
yang dilakukan DUA KALI SEMINGGU SELAMA 4 BULAN, biasanya 3 jenis
ubat diambil di bawah penyeliaan.
Jika rawatan ini diikuti SECARA
TETAP pesakit berkenaan boleh DISEMBUHKAN.
BAGAIMANA MENCEGAH TIBI?
IMUNISASI BCG memberikan perlindungan
yang baik kepada bayi daripada jangkitan Tibi yang merbahaya.
Imunisasi BCG diberikan PERCUMA
di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan untuk semua orang
yang berumur 20 tahun kebawah.
Jika anda mengalami batuk
yang berlangsung selama 2 MINGGU ATAU LEBIH, pergilah berjumpa
doktor SECEPAT MUNGKIN dan dapatkan pemeriksaan kahak anda.
Jika anda mengalami Tibi,
doktor akan membuat preskripsi rawatan yang perlu. Pastikan anda
mematuhi rawatan tersebut secara tetap sehingga selesai. Ini
boleh menyembuhkan anda dan juga mencegah anda daripada menyebarkan
penyakit ini kepada keluarga anda dan orang lain yang berhubung
rapat dengan anda.
Pemeriksaan kahak dan rawatan
penyakit Tibi boleh didapati percuma di semua hospital dan klinik
kesihatan kerajaan.
NASIHAT UMUM
- Biarkan rumah anda dimasuki
cahaya matahari sebanyak-banyaknya kerana cahaya matahari boleh
membunuh kuman Tibi yang terapung-apung di udara dan berlindung
di sudut dan penjuru rumah.
- Buka semua tingkap diwaktu
siang untuk peredaran udara yang sempurna. Peredaran udarayang
sempurna mencegah Tibi dari merebak
- Amalkan cara hidup yang sihat
dan makanlah makanan yang seimbang supaya badan anda boleh menentang
kuman tibi.
- Anda boleh menerima rawatan
sebagai pesakit luar di hospital atau pusat kesihatan yang berhampiran.
BERTINDAKLAH SEGERA
Rawatan segera menyelamatkan
nyawa.Rawatan awal dan segera adalah mustahak untuk mengelakkan
kesulitan dan kemelaratan yang akan berlaku kepada pesakit
[KE ATAS]
APAKAH PENYAKIT
JAPANESE ENCEPHALITIS (JE) ?
Japanese Encephalitis (JE)
adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus yang disebarkan
melalui gigitan nyamuk Culex.
TANDA-TANDA PENYAKIT JE
- Demam
- Sakit Kepala
- Lemah anggota badan (malasise)
- Resah meracau (confusion)
- Mengantuk (drowsy)
- Sawan (convulsion/fits)
- Lumpuh (paralysis)
- Tidak sedar diri (coma)
BAGAIMANA JE MEREBAK ?
Penyakit JE tidak boleh
merebak dari manusia kepada manusia.
Penyakit ini tidak boleh
merebak dengan memakan daging khinzir.
Virus JE membiak di dalam
tubuh khinzir (perumah pengganda). Apabila nyamuk betina Culex
menghisap darah khinzir, ia membawa bersama virus JE.
Selepas 14 hari nyamuk
ini berupaya untuk menyebarkan virus JE kepada perumah baru (khinzir).
Manusia dan kuda boleh
mendapat jangkitan JE jika digigit oleh nyamuk Culex yang membawa
virus. Namun manusia dan kuda adalah perumah terakhir (dead and
host).
TABIAT NYAMUK PEMBAWA
JE
Hanya nyamuk Culex sahaja
boleh merebakkan penyakit JE
Ia membiak di tempat takungan
air semula jadi yang kotor seperti kolam, lopak air, parit dan
sawah padi.
Nyamuk Culex biasanya menggigit
pada waktu senja hingga subuh (6.30ptg 6.30 pagi).
Nyamuk Culex lebih gemar
menggigit khinzir daripada manusia.
CARA MENCEGAH
PENYAKIT JE
Elakkan daripada gigitan
nyamuk
- Tidur dalam kelambu
- Menggunakan ubat racun
seranggan (lingkaran nyamuk, repellent, aerosol spray dll).
- Memasang jejaring nyamuk
di tingkap.
- Memakai baju lengan panjang
dan seluar panjang semasa berada di kawasan kandang khinzir.
Hapuskan tempat pembiakan
nyamuk Culex
- Menyediakan saluran perparitan
yang sempurna.
- Menimbus lopak-lopak air.
- Menjaga kebersihan sekitar
ladang ternakan khinzir.
- Membuat semburan racun
serangga di sekitar ladang khinzir.
SIAPA YANG PERLU
MENDAPATKAN SUNTIKAN VAKSIN JE ?
Pekerja ladang khinzir
Mereka yang tinggal di
landang khinzir (dalam lingkungan 2 km) terutamanya kanak-kanak.
Jadual Pemberian Vaksin
Dos Pertama |
|
Dos Kedua |
Hari ke 7 hingga ke 14 selepas Dos Pertama |
Dos Ketiga |
6 bulan hingga 1 tahun selepas Dos Kedua |
Dos Tambahan |
Tiga tahun selepas Doa Ketiga |
[KE ATAS]
APAKAH VIRUS COXSACKIE ?
Virus Coxsackie adalah
sejenis virus yang boleh menjangkiti sesiapa sahaja, terutamnya
kanak-kanak berumur 2 minggu hingga 5 tahun. Virus ini mudah
tersebar di dalam keadaan panas dan kering. Virus ini stabil
untuk tempoh masa yang panjang dalam bahan organik yang lembab
dan air yang tercemar. Jangkitan virus ini berlaku di kerongkong,
anak tekak (tonsil), tangan, kaki dan kawasan lampin dalam bentuk
ruam dengan lepuh (blister).
TANDA DAN GEJALA
Penyakit ini menyerupai
selsema dengan ruam. Tanda-tanda jangkitan ini ialah:
- Demam
- Sakit Kerongkong
- Sakit kepala
- Hilang selera makan
- Ulser di tekak dan mulut
- Ruam dengan lepuh (blister)
di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin.
KOMPLIKASI
Seseorang yang dijangkiti
virus Coxsackie akan merasai kesakitan selepas 3 hingga 5 hari
setelah terdedah kepada kuman ini. Kebanyakan pesakit akan sembuh
sepenuhnya dalam masa beberapa hari. Tetapi di kalangan segelintir
pesakit, penyakit ini boleh membawa maut setelah keadaan menjadi
teruk di mana pesakit menjadi lemah, susah bernafas dan sentiasa
kesejukan. Ini adalah akibat komplikasi.
Jangkitan ini mungkin menyebabkan
komplikasi seperti sakit otot (miositis), bengkak hati dan inflamasi
jantung (myocarditis) yang boleh menyebabkan maut terutamanya
di kalangan kanak-kanak.
BAGAIMANA VIRUS INI MEREBAK
?
Cara utama penyebaran virus
ini ialah melalui pengambilan makanan dan minuman yang dicemar
oleh najis pesakit (fecal-oral route). Percemaran ini boleh terjadi
melalui sentuhan tangan, lalat, lipas atau tikus yang memindahkan
virus dari najis kepada makanan dan minuman. Virus ini juga boleh
disebarkan melalui titisan udara/lelehan yang dikeluarkan dari
mulut atau hidung pesakit apabila mereka batuk, bersin atau bercakap.
Jangkitan boleh berlaku jika titisan udara yang mengandungi virus
disedut oleh orang lain. Selain daripada itu, virus ini boleh
tersebar melalui air liur pesakit dan sentuhan pada lepuh kulit
pesakit.
BAGAIMANA MENCEGAH JANGKITAN
COXSACKIE ?
Setakat ini, tiada rawatan
khusus untuk merawat jangkitan virus ini. Oleh itu, pencegahan
adalah amat penting.
Jangkitan ini boleh dicegah
dengan cara berikut:
- Selalu mengamalkan kebersihan
diri seperti mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas
ke tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin
dan selepas mencuci najis kanak-kanak.
- Menutup mulut ddan hidung
semasa batuk atau bersin.
- Mencuci alat mainan kanak-kanak
dan permukaan (surfaces) meja/kerusi/lantai ddan sebagainya yang
telah dicemari air liur.
- Kanak-kanak yang mempunyai
tanda-tanda jangkitran ini harus ditegah dari menghadiri tadika,
tabika, sekolah, dan rumah pengasuh (baby sitter) dan perlu dibawa
ke hospital.klinik dengan segera.
- Ibubapa dinasihatkan supaya
jangan membawa anak-anak kecil mereka ke tempat awam yang sesak
seperti pusat membeli-belah, pawagam, kolam renang, pasar, stesyen
bas dan sebagainya.
- Ibu bapa juga dinasihatkan
supaya mandi dan menukar pakaian sebaik saja balik dari luar/kerja
sebelum bermesra dengan bayi dan anak-anak mereka.
- Bawa anak-anak ke hospital/klinik
berhampiran dengan segera jika terdapat tanda-tanda jangkitan
virus Coxsackie.
- Jaga kebersihan rumah
dan persekitarannya untuk mengelak jangkitan virus melalui lalat,
lipas dan tikus.
TINDAKAN ANDA BOLEH MENBANTU
MENGAWAL JANGKITAN VIRUS COXSACKIE
[KE ATAS]
|