HOME
PELAWAT
PROFILE JABATAN
PERASMIAN
HTAA LINK
SIHAT SEJAHTERA
LIRIK

Perkhidmatan

Sukarelawan Hospital

Latihan

Kemudahan

Pelan Lokasi

Klinik-Klinik

 Masuk Wad / Discaj

Waktu Melawat

Pas Pelawat

Pendidikan Kesihatan
Persiapan Masuk Wad Nasihat Untuk Pesakit Peraturan Keselamatan Deposit Persiapan Discaj Pengecualian Bayaran

PERSIAPAN MASUK WAD
1. Keperluan Pendaftaran.   Pesakit dinasihatkan membawa dokumen atau surat yang berkaitan:
1.1 Surat arahan masuk wad hospital yang dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan.
1.2 Kad Pengenalan
1.3 Surat Kelahiran bagi kanak-kanak
1.4 Surat jaminan dari majikan (syarikat swasta) yang mempunyai jaminan bank dengan Kementerian Kesihatan.
1.5 Surat akuan sekolah bagi pelajar.
1.6 Kad Pra-natal (bagi ibu mengandung)
1.7 Borang Perkeso 21.
1.8 Surat Pengesahan Bekas Perajurit dan Polis.
1.9 Kad atau Buku Penderma Darah
1.10 Kad Pesara
1.11 Kad Pengesahan dari jabatan Kebajikan Masyarakat.
2. Keperluan Peribadi Am.  Anda dinasihatkan membawa barang-barang keperluan sendiri.
2.1 Tuala Mandi.
2.2 Kain / Baju
2.3 Sabun
2.4 Bedak
2.5 Berus Gigi dan Ubat Gigi
2.6 Pinggan dan Cawan
2.7 Flask air panas
2.8 Sudu
2.9 Sikat
2.10 Pisau Cukur (lelaki)
3. Keperluan bagi Ibu hamil atau bersalin.  Anda perlu membawa barang keperluan tambahan, iaitu:
3.1 Tuala Wanita
3.2 Pakaian bayi
3.3 Kain lampin untuk bayi
3.4 Kad Pengenalan suami.

 

[KE ATAS]

KADAR BAYARAN DEPOSIT MASUK WAD
 KELAS  DISPLIN  W/MALAYSIA  W/ASING
 KELAS 1 PERUBATAN PEMBEDAHAN SAKIT PUAN RM 700.00 RM1,100.00 RM800.00 RM1,400.00 RM2,200.00 RM1,400.00
 KELAS 2 PERUBATAN PEMBEDAHAN SAKIT PUAN RM200.00 RM400.00 RM350.00 RM600.00 RM1,000.00 RM1,000.00
 KELAS 3 PERUBATAN PEMBEDAHAN SAKIT PUAN RM20.00 RM30.00 RM15.00 RM400.00 RM800.00 RM800.00
 Note : Cara Bayaran (1) Wang Tunai ( Ringgit Malaysia ) (2) Kad Kredit MasterCard

 

Nasihat Untuk Pesakit

Bila anda pulang ke rumah, apakah yang patut anda lakukan ?

Sepanjang anda bersama kami, pastikan anda sudah mengetahui:

? Apakah penyakit anda ?
? Apakah yang menyebabkan penyakit ini ?
? Apakah tanda-tanda penyakit ini ?
? Bagaimanakah caranya anda boleh mencegah supaya penyakit anda tidak berulang ?
? Apakah cara rawatan yang perlu anda lakukan ?
? Jika tiada harapan sembuh, apakah yang perlu anda lakukan ?
? Bila anda pulang ke rumah, apakah yang patut anda lakukan ?
Tanyakan soalan-soalan ini kepada Pakar atau Pegawai Perubatan yang merawat anda.

[KE ATAS]

PERATURAN KESELAMATAN

Pesakit dan pelawat adalah dilarang:

X Merokok di dalam kawasan hospital.
X Meludah di merata-rata tempat.
X Membuang sampah ke dalam sinki.
X Membuang sampah ke dalam mangkok tandas.
X Membawa peralatan atau barang elektrik dan berharga ke dalam wad.
X Merosakkan harta benda awam
X Menggunakan telefon bimbit semasa berada dalam bangunan hospital.
X Tidur di kaki lima bangunan. HTAA ada menyediakan kemudahan Asrama Pelawat.
X Membuat bising.

[KE ATAS]

PERSIAPAN DISCAJ

Pastikan anda mendapat :

1. Tarikh temujanji rawatan susulan.
2. Bil Hospital. Sila jelaskan bil di Wad / Kaunter Hasil.
3. Preskripsi Ubat
4. Nota Discaj
5. Surat Rujukan (jika perlu)

[KE ATAS]

PENGECUALIAN BAYARAN BIL HOSPITAL

Pesakit yang tidak mampu membayar bil hospital, boleh memohon untuk pengecualian dari membayar kesemua atau sebahagian daripada caj hospital. Walau bagaimanapun, pesakit yang layak memohon pengecualian ini adalah Orang Awam yang masuk Kelas Tiga sahaja.

Sekiranya anda ingin memohon Pengecualian Bayaran Bil hospital, sila hubungi sama ada:

i. Ketua Jururawat yang bertugas di wad anda ditempatkan.
ii. Pegawai Hasil samb. 09-5572297
iii. Pegawai Kebajikan Perubatan samb. 09-5572438 / 09-5572439

JADUAL WAKTU URUSAN KAUNTER HASIL

Sebelum anda keluar dari hospital, sila pastikan bahawa bil hospital anda dijelaskan terlebih dahulu. Waktu urusan Kaunter Hasil adalah seperti berikut.

 

[KE ATAS]