HOME
PELAWAT
PROFILE JABATAN
PERASMIAN
HTAA LINK
SIHAT SEJAHTERA
LIRIK

Perkhidmatan

Sukarelawan Hospital

Latihan

Kemudahan

Pelan Lokasi

Klinik-Klinik

 Masuk Wad / Discaj

Waktu Melawat

Pas Pelawat

Pendidikan Kesihatan

High Dependency Ward
Makmal STAT di Jabatan Patologi
Klinik FNAC di Jabatan Patologi
Plasmaphoresis di Tabung Darah
Farmasi Ekspress
Day Care Surgery for Elective Minor Operations di Jabatan Oftalmologi
Day Care di Melor 2
Pusat Pra Kemasukan di Melor 2
Dewan Bedah Orthopedik
Pusat Maklumat Keracunan
Bayaran Bil di Wad
Sistem Temujanji Melalui Faksimili
Walk In Clinic Jabatan Psikiatrik
Klinik Relaksasi Jabatan Psikiatrik
Integrated Case Note
Acute Pain Services (APS)
Program Pemulihan Jantung Fasa 2

[KE ATAS]

High Dependency Ward

Mula beroperasi pada 11 April 1997 dengan 4 buah katil. Unit ini merupakan `extension of ICU’ atau sebagai wad perantaraan/pertengahan yang memberi perkhidmatan antara rawatan rapi dan rawatan biasa bagi menampung kekurangan katil di ICU.

[KE ATAS]

Makmal STAT di Jabatan Patologi

Mula beroperasi pada 22 Mei 1997. Makmal STAT ditubuhkan bagi menggantikan Makmal Klinikal yang dimansuhkan. Makmal ini mengumpulkan semua ujian STAT (mengikut senarai yang dipersetujui oleh KKM). Ini memudahkan kakitangan wad menghantarkan spesimen. Perlaksanaan perkhidmatan ini juga bagi mempastikan keputusan ujian STAT dapat dikeluarkan dalam tempoh Turn Around Time yang telah ditetapkan iaitu 60 minit. Ini kerana tiada berlaku pertindihan dengan ujian-ujian bukan STAT.

[KE ATAS]

Klinik FNAC di Jabatan Patologi

Mula beroperasi pada Mac 1997. Penubuhan Klinik FNAC bertujuan memberi kemudahan kepada pesakit Klinik Pembedahan yang memerlukan prosedur FNAC. Pesakit yang datang ke Klinik Pembedahan pada temujanji pertama dapat terus menjalankan prosedur FNAC pada hari yang sama tanpa melalui proses temujanji. Klinik ini dibuka pada hari-hari Isnin, Rabu dan Jumaat bersamaan dengan hari Klinik Pembedahan.

[KE ATAS]

Plasmaphoresis di Tabung Darah

Mula dilaksanakan pada 21 November 1997. Perkhidmatan ini merupakan pertukaran konsep pendermaan darah ke pendermaan komponen darah. Kaedah ini membolehkan komponen darah dapat dikumpulkan dalam kuantiti yang lebih banyak daripada setiap penderma berbanding dengan kaedah lama. penderma juga dapat menderma dalam jeda masa (interval) yang lebih kerap.

[KE ATAS]

Farmasi Ekspress

Mula beroperasi pada Oktober 1997. Berkonsepkan `Farmasi Bergerak’. Farmasi Ekspress telah memberikan perkhidmatan mendispen ubat di Klinik Pembedahan pada hari Klinik Pembedahan iaitu Selasa dan Rabu. Perkhidmatan ini memberi kemudahan dan keselesaan kepada pesakit di samping mengurangkan masa menunggu di Kaunter Farmasi Klinik Pakar. Jumlah preskripsi yang dikendalikan dari Oktober hingga Disember 1997 ialah 629 preskripsi.

[KE ATAS]

Day Care Surgery For Elective Minor Operations Di Jabatan Oftalmologi.

Dimulakan pada Januari 1997. Pembedahan Minor Elective telah dilaksanakan secara Rawatan Harian di mana pesakit menjalani pembedahan tanpa perlu dimasukkan ke wad. Perkhidmatan ini telah memberi kemudahan kepada pesakit di samping masa kejururawatan dan masa Dewan Bedah boleh ditumpukan untuk kes-kes yang lebih serius.

[KE ATAS]

Day Care Di Melor 2

Mula beroperasi pada 16 Julai 1997 dengan 8 buah katil. Penubuhan Pusat Harian ini adalah untuk memberi rawatan lanjutan dan susulan kepada pesakit/ibu-ibu mengandung yang memerlukan rawatan berterusan sepanjang mereka mengandung, tanpa perlu dimasukkan ke wad sebagai pesakit berdaftar. Dengan ini, kesesakan di Wad Ante natal dapat dikurangkan dan kemasukan ke wad ini dapat diberikan keutamaan kepada pesakit yang lebih serius.

[KE ATAS]

Pusat Pra Kemasukan di Melor 2

Mula beroperasi pada 16 Julai 1997. Pusat ini menjalankan aktiviti penerimaan kemasukan dan penyaringan pesakit. Sebelum penubuhan pusat ini, aktiviti berkenaan dijalankan di Dewan Bersalin. Pesakit yang dimasukkan ke wad akan diperiksa dan dinilai oleh Pegawai Perubatan di pusat ini sebelum ditempatkan di wad-wad yang sesuai mengikut keadaan pesakit dan kelayakan mereka. Penubuhan pusat ini secaralangsung mengurangkan kesesakan di bahagian hadapan Dewan Bersalin. Suasana Pusat Pra Kemasukan ini juga lebih selesa kepada pesakit sementara menunggu pemeriksaan berbanding di Dewan Bersalin. Sejak mula beroperasi sehingga Disember 1997, Pusat ini telah menerima sejumlah 4700 orang pesakit.

[KE ATAS]

Dewan Bedah Orthopedik

Mula beroperasi pada 10 September 1997. Dewan ini dilengkapi dengan dua buah Dewan Bedah dan sebuah bilik POP. Dengan bermulanya perkhidmatan ini, semua jenis pembedahan orthopedik dilaksanakan di Dewan ini dan tidak lagi di Dewan Bedah Umum. Jumlah pemberdahan yang telah dijalankan di Dewan Bedah Ortopedik dalam tempoh September hingga Disember 1997 ialah 1018 kes.

[KE ATAS]

Pusat Maklumat Keracunan

Mula beroperasi pada Julai 1997 setelah sebuah Struktur Pengkalan Data siap dibina oleh Jabatan Farmasi. Struktur Pengkalan Data ini mengandungi semua maklumat mengenai bahan kimia yang boleh menyebabkan keracunan. Pusat Maklumat Keracunan ini menjadi pusat rujukan bagi kakitangan bagi maklumat keracunan.

[KE ATAS]

Bayaran Bil di Wad

Mula dilaksanakan pada Julai 1997 di Wad Kiambang 3 dan Wad Mawar 2. Kini hampir keseluruhan aras mengendalikan kutipan hasil waktu pejabat. Dengan adanya perkhidmatan ini, pesakit discaj tidak perlu lagi pergi ke Kaunter Hasil (di Aras Bawah) untuk menjelaskan bil hospital.

[KE ATAS]

Sistem Temujanji Melalui Fax di Jabatan Pengimejan dan Dignostik

Mula dilaksanakan pada 29 Julai 1997. Semua hospital yang ingin membuat rujukan kes, terutamanya kes-kes pemeriksanaan berkontras, ke Jabatan Pengimejan dan Diagnostik boleh menggunakan media Faksimili bagi temujanji. Perkhidmatan ini telah dapat mengatasi masalah kehilangan surat rujukan yang dihantar melalui pos dan masalah maklumat data klinikal yang tidak lengkap.

[KE ATAS]

Walk In Clinic’ di Jabatan Psikiatri

Mula beroperasi pada Febuari 1997. Perkhidmatan ini memberi kemudahan kepada pesakit di mana Klinik Psikiatri akan tetap menerima pesakit rawatan susulan yang datang tidak mengikut temujanji yang ditetapkan walaupun bukan pada Hari Klinik.

[KE ATAS]

Klinik Relaksasi di Jabatan Psikiatri

Mula dilaksanakan pada Disember 1997. Klinik ini memberi perkhidmatan rawatan Teknik Releksasi kepada pesakit luar. Hari klinik adalah pada Isnin dan Selasa jam 2.30 - 4.00 petang. Pesakit mendapatkan perkhidmatan di Klinik ini menerusi temujanji.

[KE ATAS]

Integrated Case Note

Mula dilaksanakan pada 1 Ogos 1997. Perkhidmatan ini merupakan penyeragamanan sistem rekod yang mengandungi kesemua maklumat ke atas seorang pesakit sama ada pesakit dalam, luar atau kecemasan. kesemua rekod kesihatan pesakit di simpan dalam satu folder dan satu nombor rujukan.

[KE ATAS]

Acute Pain Service (APS) di Jabatan Bius

Mula dilaksanakan pada November 1997. APS diperkenalkan bagi tujuan membaiki pengawalan rasa sakit terutama selepas pembedahan. Pesakit yang terpilih untuk mendapatkan perkhidmatan ini akan diberi pendidikan tentang kegunaan APS. Sehingga Disember 1997, seramai 133 orang pesakit telah mendapatkan perkhidmatan ini.

[KE ATAS]

Program Pemulihan Jantung Fasa 2

Mula dilaksanakan pada 15 September 1997. Merupakan Program Pemulihan Jantung bagi pesakit luar. Program ini melibatkan komponen Pendidikan Pesakit (mengenai Acute Myocardial Infarction, faktor risiko, diet, aktiviti fizikal, aktiviti seksual dan pengurusan tekanan perasaan) dan Senaman (dikendalikan oleh Fisioterapis). Sejak program dimulakan sehingga Disember 1997, sejumlah 17 orang pesakit mengikuti program ini.

[KE ATAS]