HOME
PELAWAT
PROFILE JABATAN
PERASMIAN
HTAA LINK
SIHAT SEJAHTERA
LIRIK

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
KLINIK PEMBEDAHAN

Pengenalan

 Objektif

Visi

Tenaga Pakar

 Perkhidmatan

Beban Kerja

Aktiviti 

 Perancangan Masa Depan

 Unit Endoscopy

PENGENALAN :

Pembedahan Umum merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan di hospital ini . Pada masa ini, perkhidmatan pembedahan umum di hospital ini lebih tertumpu pada pembedahan tyroid, payu dara, pembedahan gastrointestinal (usus & perut), urologi dan lain-lain. Pada tahun 1993 pembedahan menggunakan kaedah teleskop (laproscopic surgery) telah diperkenalkan dan banyak pembedahan seperti ini dilakukan. Perkhidmatan endoscopi merupakan sebahagian daripada perkhidmatan jabatan ini.

[BACK]

 

OBJEKTIF :

1. Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada setiap pelanggan tanpa mengira bangsa, agama serta kedudukan.

2. Memupuk, menjalin dan bertugas sebagai sebuah pasukan dengan unit sokongan lain dengan sentiasa bersedia memberi kerjasama walau dalam apa jua keadaan dan masa demi kebaikan setiap pelanggan.

3. Menyediakan kaedah rawatan yang terbaik secara berterusan, mudah dimiliki berpandukan kepada kemampuan masyarakat.

[BACK]

 

VISI :

Untuk mencapai kecemerlangan dalam pembedahan umum - Jabatan ini sentiasa memastikan dan mematuhi kepada piawan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta melaksanakan tugas-tugas mengikut perintah-perintah am yang sentiasa ada.

[BACK]

TENAGA PAKAR :

 

KETUA JABATAN DAN PAKAR PERUNDING BEDAH

Dato' Dr. Harbajan Singh

No. Telefon : 09-5133333 Ext : 3051

[BACK]

PERKHIDMATAN :

Jabatan ini menyediakan rawatan kepada pesakit-pesakit dalam (inpatient) dan luar (outpatient) seperti dalam bidang-bidang berikut :

 Rawatan / Bidang

 Hari

 Tempat
 1. Pembedahan Berjadual  Selasa & Khamis  Dewan Bedah Umum
 2. Pembedahan Kecemasan  BIla-bila masa  Dewan Bedah Umum
 3. Perkhidmatan Endoscopi :    
 OGDS
 Isnin - Jumaat  Unit Endoscopi
 Colonoscopy
 Isnin - Jumaat  Unit Endoscopi
 ERCP
 Isnin, Rabu & Sabtu  Bilik Fluroscopi
 4. Pembedahan Kecil  Isnin - Rabu  Unit Endoscopi
 5. Berkhatan (Untuk murid-murid)  Cuti Sekolah  Unit Endoscopi
 6. Klinik Payu Dara  Rabu  Klinik Luar Pembedahan (SOPD)
 7. Klinik Pesakit Luar Pembedahan (SOPD)  Isnin, Selasa, Khamis & Jumaat  Klinik Luar Pembedahan (SOPD)
 8. Rawatan Pesakit Dalam  Setiap hari Wad-wad Pembedahan ( Wad Kiambang 1A,1B,3) (Wad Tg. 1A,1B,3) (Wad Orkid1) (Wad Melati 1-ICU)
 9. Rawatan Harian / Day Care  Setiap hari Unit Rawatan Harian / DCC
10.High Dependency Wad  Setiap hari Wad Tanjung 1A 
11.Palative Wad   Setiap hari Wad Tanjung 1B 
 Nombor Telefon: 09-5133333 Dewan Bedah Umum Ext : 1302, 1301, 1304, 1311
  Unit Endoscopi   Ext : 3011 & 3018  
  Klinik Payu Dara  Ext : 3052
  Klinik SOPD  Ext : 3052
  DCC  Ext : 3018
  Wad  Sambungan wad berkenaan

[BACK]

 

BEBAN KERJA

 Aktiviti  1997  1998  1999
 Pembedahan  1,728  1,626  1,722
 Pembedahan kecil / berkhatan  746  714  649
 Endoscopi  1,311  1,401  1,272
 Rawatan Pesakit Dalam  14,541  14,511  7,843
 Rawatan Pesakit Luar  10,320  12,027  12,334
 Rawatan Pesakit Luar Kanak-Kanak  2,420  1,568  1,335
 Klinik Payu Dara  1,688  1,709  1,786
 Rujukan Dari Luar  3,333  2,860  2,849
 Jumlah  36,087  36,416  29,790

[BACK]

 

AKTIVITI

Selain dari tumpuan memberi rawatan kepada pelanggan, Jabatan ini juga turut mengadakan aktiviti-aktiviti seperti berikut :

 1. CME Hospital dan Jabatan
 2. Pusat Pengajaran Untuk Kulliyah Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Kuantan
 3. Post Graduate training dalam bidang pembedahan untuk universiti tempatan
 4. Mengajar kursus-kursus untuk kakitangan kesihatan dalam dan luar negeri Pahang
 5. Mesyuarat Dewan Bedah
 6. Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pembedahan
 7. Sukan antara Jabatan / Unit
 8. Hari Keluarga

[BACK]

 

PERANCANGAN MASA DEPAN

Selepas memperolehi status Akreditasi dan pengiktirafan yang tinggi, jabatan ini akan sedaya upaya melengkapkan unit ini dengan peralatan yang lebih canggih dan terkini dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan UIA Kuantan. Proses ini walaupun mengambil masa yang panjang, berharap akan dapat mempertingkatkan lagi perkhidmatan sedia ada untuk mencapai tahap ISO 9000.

[BACK]

 

Perkhidmatan di Unit Endoskopi untuk Jabatan Pembedahan dan Jabatan Perubatan

  • Antara prosedur yang dijalankan ialah seperti berikut :
  • Oesophagus Gastro Duodenoscopy (OGDS)
  • Colonoscopy
  • Endoscopic Retrograde Cholangiopancreatography (ERCP)
  • Bronchoscopy

 Hari  Unit  Jenis Prosedur
 Isnin Pembedahan OGDS, Colonoscopy, ERCP
 Selasa

Pembedahan

Perubatan

OGDS, Colonoscopy.

OGDS, Bronchoscopy.

 Rabu Pembedahan OGDS, Colonoscopy, ERCP
 Khamis

Pembedahan

Perubatan

OGDS, Colonoscopy. 

OGDS, Bronchoscopy.

 Jumaat Pembedahan OGDS, Colonoscopy. 
 Sabtu Pembedahan ERCP

Semua prosedur di atas hanya dikendalikan oleh Pakar-Pakar Bedah dan Pakar-Pakar Perubatan. Untuk maklumat lanjut unit ini, boleh dihubungi melalui talipon 09-5133333 samb: 3011 atau e-mail hjhalim_htaa@hotmail.com

Unit Berkhatan

  • Unit ini menyediakan perkhidmatan berkhatan untuk murid-murid pada musim cuti sekolah. Temujanji untuk berkhatan boleh dibuat 2 minggu sebelum sekolah tutup. Borang-borang tersebut boleh di dapati di bilik no. 9 Day Care Centre atau bilik no 10 unit Perkhidmatan Endoscopi. Unit ini boleh juga dihubungi melalui talipon 09-5133333 Samb: 3018 atau e-mail:hjhalim_htaa@hotmail.com

 

[BACK]