HTAA memberikan kemudahan kepada keluarga
pesakit untuk melawat atau menunggu pesakit di wad di luar Waktu
Melawat. Jika anda ingin mendapatkan kemudahan ini, sila
dapatkan PAS PELAWAT daripada kaunter pengawal di Aras Bawah
HTAA.
PAS PELAWAT disediakan untuk anda mengikut kod warna.
|
Kuning
Untuk Ibu bapa atau Penjaga yang menunggu
anak di bawah umur 12 tahun. (Perlu kebenaran daripada wad yang
berkenaan) |
|
Merah
Untuk menunggu pesakit yang tenat. (Perlu
kebenaran dan pengesahan daripada wad yang berkenaan) |
|
Biru
Untuk melawat ibu yang bersalin (tempoh masa
tidak melebih 15 minit) |
|
Hitam
Pelawat pesakit biasa yang
boleh dibenarkan di atas budi bicara pengawal, seperti pelawat
yang datang dari luar daerah (tempoh masa tidak melebihi 15 minit) |
Sekiranya anda tidak tergolong dalam kategori
pelawat di atas, sila patuhi Waktu
Melawat yang ditetapkan.
HTAA menyediakan beberapa kemudahan untuk
pesakit dan ahli keluarga pesakit yang sedang mendapat rawatan
di wad termasuk Asrama Pelawat.
|