|
|
Sejarah
Perkhidmatan Hospital Tengku Ampuan Afzan
(HTAA) bermula pada tahun 1904, sebagai sebuah Hospital Daerah
yang dikenali sebagai Rumah Sakit Umum Kuantan.
Hospital ini telah dinaikkan taraf kepada
Hospital Besar pada tahun 1955 setelah bandar Kuantan diistiharkan
sebagai ibu negeri Pahang
Bangunan HTAA yang ada sekarang dibina di
atas tapak yang sama seluas 40.1 ekar. |
|
|
|
[KE
ATAS]
Perasmian
Hospital ini telah dirasmikan oleh
KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Hj Ahmad Shah
pada 3 November 1995. Pada Majlis tersebut KDYMM Sultan Pahang
telah perkenan mencemar duli menamakan hospital ini sebagai Hospital
Tengku Ampuan Afzan
[KE
ATAS]
Objektif
Untuk menyediakan perkhidmatan perubatan
yang cekap, berkemampuan dan saksama kepada semua golongan masyarakat
melalui penggunaan teknologi yang sesuai serta memenuhi kehendak
alam sekitar dan kehendak pelanggan; dengan penekanan kepada
kualiti, inovasi, promosi kesihatan dan menghormati harga diri
serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan komuniti
terhadap kehidupan yang berkualiti; bagi mencapai wawasan Malaysia
sebagai sebuah negara yang mempuyai individu, keluarga dan masyarakat
yang sihat.
[KE
ATAS]
Visi
Untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan
dalam perkhidmatan perawatan dan penjagaan pesakit di pantai
timur.
[KE
ATAS]
Misi
Melaksanakan perkhidmatan dengan berlandaskan
ciri-ciri budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu
Profesionalisme, Khidmat Penyayang dan Kerja Berpasukan.
[KE
ATAS]
Motto Budaya Korporat
"Cemerlang Bersama"
[KE
ATAS]
Slogan
"Cepat, Cekap, Bermutu"
[KE
ATAS]
Logo
[KE
ATAS]
|
|