|                                                                                                                                                                                                       | KLINIK PEMBEDAHAN PENGENALAN
    : Pembedahan Umum merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan
    di hospital ini . Pada masa ini, perkhidmatan pembedahan umum
    di hospital ini lebih tertumpu pada pembedahan tyroid, payu dara,
    pembedahan gastrointestinal (usus & perut), urologi dan lain-lain.
    Pada tahun 1993 pembedahan menggunakan kaedah teleskop (laproscopic
    surgery) telah diperkenalkan dan banyak pembedahan seperti ini
    dilakukan. Perkhidmatan endoscopi merupakan sebahagian daripada
    perkhidmatan jabatan ini. [BACK]   OBJEKTIF
    : 1. Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada setiap
    pelanggan tanpa mengira bangsa, agama serta kedudukan. 2. Memupuk, menjalin dan bertugas sebagai sebuah pasukan dengan
    unit sokongan lain dengan sentiasa bersedia memberi kerjasama
    walau dalam apa jua keadaan dan masa demi kebaikan setiap pelanggan. 3. Menyediakan kaedah rawatan yang terbaik secara berterusan,
    mudah dimiliki berpandukan kepada kemampuan masyarakat. [BACK]   VISI : Untuk mencapai kecemerlangan dalam pembedahan umum - Jabatan
    ini sentiasa memastikan dan mematuhi kepada piawan yang telah
    ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta melaksanakan
    tugas-tugas mengikut perintah-perintah am yang sentiasa ada. [BACK] TENAGA
    PAKAR : 
      
        |  | KETUA JABATAN DAN PAKAR PERUNDING
        BEDAH
        Dato' Dr. Harbajan
        Singh
        No. Telefon : 09-5133333 Ext
        : 3051 |  [BACK] PERKHIDMATAN
    : Jabatan ini menyediakan rawatan kepada pesakit-pesakit dalam
    (inpatient) dan luar (outpatient) seperti dalam bidang-bidang
    berikut : 
      
        | Rawatan / Bidang | Hari | Tempat |  
        | 1. Pembedahan Berjadual | Selasa & Khamis | Dewan Bedah Umum |  
        | 2. Pembedahan Kecemasan | BIla-bila masa | Dewan Bedah Umum |  
        | 3. Perkhidmatan Endoscopi : |  |  |  
        | 
           OGDS | Isnin - Jumaat | Unit Endoscopi |  
        | 
           Colonoscopy | Isnin - Jumaat | Unit Endoscopi |  
        | 
           ERCP | Isnin, Rabu & Sabtu | Bilik Fluroscopi |  
        | 4. Pembedahan Kecil | Isnin - Rabu | Unit Endoscopi |  
        | 5. Berkhatan (Untuk murid-murid) | Cuti Sekolah | Unit Endoscopi |  
        | 6. Klinik Payu Dara | Rabu | Klinik Luar Pembedahan (SOPD) |  
        | 7. Klinik Pesakit Luar Pembedahan (SOPD) | Isnin, Selasa, Khamis & Jumaat | Klinik Luar Pembedahan (SOPD) |  
        | 8. Rawatan Pesakit Dalam | Setiap hari | Wad-wad Pembedahan ( Wad Kiambang 1A,1B,3) (Wad Tg. 1A,1B,3)
        (Wad Orkid1) (Wad Melati 1-ICU) |  
        | 9. Rawatan Harian / Day Care | Setiap hari | Unit Rawatan Harian / DCC |  
        | 10.High Dependency Wad | Setiap hari | Wad Tanjung 1A |  
        | 11.Palative Wad | Setiap hari | Wad Tanjung 1B |  
        | Nombor Telefon: 09-5133333 | Dewan Bedah Umum | Ext : 1302, 1301, 1304, 1311 |  
        |  | Unit Endoscopi | Ext : 3011 & 3018 |  
        |  | Klinik Payu Dara | Ext : 3052 |  
        |  | Klinik SOPD | Ext : 3052 |  
        |  | DCC | Ext : 3018 |  
        |  | Wad | Sambungan wad berkenaan |  [BACK]   BEBAN
    KERJA 
      
        | Aktiviti | 1997 | 1998 | 1999 |  
        | Pembedahan | 1,728 | 1,626 | 1,722 |  
        | Pembedahan kecil / berkhatan | 746 | 714 | 649 |  
        | Endoscopi | 1,311 | 1,401 | 1,272 |  
        | Rawatan Pesakit Dalam | 14,541 | 14,511 | 7,843 |  
        | Rawatan Pesakit Luar | 10,320 | 12,027 | 12,334 |  
        | Rawatan Pesakit Luar Kanak-Kanak | 2,420 | 1,568 | 1,335 |  
        | Klinik Payu Dara | 1,688 | 1,709 | 1,786 |  
        | Rujukan Dari Luar | 3,333 | 2,860 | 2,849 |  
        | Jumlah | 36,087 | 36,416 | 29,790 |  [BACK]   AKTIVITI Selain dari tumpuan memberi rawatan kepada pelanggan, Jabatan ini juga turut mengadakan aktiviti-aktiviti
    seperti berikut : 
      
        | 1. CME Hospital dan Jabatan |  
        | 2. Pusat Pengajaran Untuk Kulliyah Perubatan Universiti
        Islam Antarabangsa Kuantan |  
        | 3. Post Graduate training dalam bidang pembedahan untuk
        universiti tempatan |  
        | 4. Mengajar kursus-kursus untuk kakitangan kesihatan dalam
        dan luar negeri Pahang |  
        | 5. Mesyuarat Dewan Bedah |  
        | 6. Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pembedahan |  
        | 7. Sukan antara Jabatan / Unit |  
        | 8. Hari Keluarga |  [BACK]   PERANCANGAN
    MASA DEPAN Selepas memperolehi status Akreditasi dan pengiktirafan yang
    tinggi, jabatan ini akan sedaya upaya melengkapkan unit ini dengan
    peralatan yang lebih canggih dan terkini dengan kerjasama Kementerian
    Kesihatan Malaysia dan UIA Kuantan. Proses ini walaupun mengambil
    masa yang panjang, berharap akan dapat mempertingkatkan lagi
    perkhidmatan sedia ada untuk mencapai tahap ISO 9000. [BACK]   Perkhidmatan
    di Unit Endoskopi untuk Jabatan Pembedahan dan Jabatan Perubatan 
      Antara prosedur yang dijalankan
      ialah seperti berikut :
      Oesophagus Gastro Duodenoscopy (OGDS)
      Colonoscopy
      Endoscopic Retrograde Cholangiopancreatography
      (ERCP)
      Bronchoscopy
     
      
        | Hari | Unit | Jenis
        Prosedur |  
        | Isnin | Pembedahan | OGDS, Colonoscopy, ERCP |  
        | Selasa | Pembedahan Perubatan | OGDS, Colonoscopy. OGDS, Bronchoscopy. |  
        | Rabu | Pembedahan | OGDS, Colonoscopy, ERCP |  
        | Khamis | Pembedahan Perubatan | OGDS, Colonoscopy.  OGDS, Bronchoscopy. |  
        | Jumaat | Pembedahan | OGDS, Colonoscopy. |  
        | Sabtu | Pembedahan | ERCP |  Semua prosedur di atas hanya dikendalikan
    oleh Pakar-Pakar Bedah dan Pakar-Pakar Perubatan. Untuk maklumat
    lanjut unit ini, boleh dihubungi melalui talipon 09-5133333 samb:
    3011 atau e-mail hjhalim_htaa@hotmail.com Unit Berkhatan 
      Unit ini menyediakan perkhidmatan berkhatan
      untuk murid-murid pada musim cuti sekolah. Temujanji untuk berkhatan
      boleh dibuat 2 minggu sebelum sekolah tutup. Borang-borang tersebut
      boleh di dapati di bilik no. 9 Day Care Centre atau bilik no
      10 unit Perkhidmatan Endoscopi. Unit ini boleh juga dihubungi
      melalui talipon 09-5133333 Samb: 3018 atau e-mail:hjhalim_htaa@hotmail.com
       [BACK]                 |