Ecommerce SolutionFree Web SpaceFree Web SiteWeb Hosting

Perkhidmatan

Kelas Pendidikan Pesakit

Sukarelawan Hospital  

Latihan

Kemudahan

Nama Aras

  Klinik

Masuk Wad

Waktu Melawat

Pas Pelawat

Bayaran Hospital

  Pendidikan Kesihatan

HTAA : Kawasan Larangan Merokok

PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU 1993

Pesakit dan Pelawat adalah dilarang sama sekali merokok di dalam premis Hospital Tengku Ampuan Afzan. HTAA mempunyai Pegawai Penguatkuasa yang mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan Akta Makanan 1983 yang mana jika seseorang disabitkan kesalahan merokok di premis hospital boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000.00 atau penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun.

Mengikut Peraturan 10 Akta Makanan 1983, Tiada seorang pun boleh merokok:

di mana-mana pusat hiburan atau teater pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka untuk orang ramai;
di mana-mana hospital atau klinik;
dalam mana-mana lif awam;
di mana-mana tempat makan berhawa dingin;
dalam mana-mana kenderaan awam membawa penumpang dengan membayar tambang mengikut laluan terjadual atau laluan tetap; atau
dalam mana-mana bangunan tertentu bertentangan dengan apa-apa pemberitahuan yang dikeluarkan di bawah Peraturan 12.

 

Manakala Peraturan 13 memperuntukkan:

mana-mana orang yang melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Peraturan-peraturan ini adalah melakukan suatu kesalahan;
mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Peraturan-peraturan ini yang baginya tiada penalti diperuntukan oleh Akta boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

[KE ATAS]