| A ) Perkhidmatan Farmasi
        Pesakit Luar 
          Farmasi pesakit Luar merupakan
          bahagian yang memberi khidmat bekalan ubat kepada pesakit-pesakit
          yang menerima rawatan di Jabatan Pesakit Luar, Klinik-klinik
          Pakar, Unit Kemalangan & keecemasan dan pesakit discaj.
          Farmasi Pesakit Luar - Untuk
          pesakit dari Jabatan Pesakit Luar, Klinik Dada dan Klinik Psikiatrik
          Farmasi Klinik Pakar - Untuk
          pesakit dari Klinik-klinik Pakar dalam bangunan induk serta pesakit
          discaj.
          Farmasi Ekspres - Untuk Pesakit
          luar dari klinik Orthopedik pendispen juga dibuat di klinik Orthopedik.
         
          Waktu Perkhidmatan :
           
          
            | Jenis Perkhidmatan | Isnin-Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad dan cuti Umum |  
            | Farmasi Pesakit Luar | 8.00 am- 4.30 pm | 8.00 am- 12.15pm | 8.00 am- 12.50 pm | Tutup |  
            | Farmasi Klinik Pakar | 8.00 am- 7.00 pm | 8.00 am- 7.00 pm | *8.00 am- 7.00 pm | 10.00 am- 3.00 pm |  
            | Farmasi Ekspres | Selasa dan Khamis sahaja : 10.00 pagi-12.00 t/hari | Tiada Perkhidmatan | Tiada Perkhidmatan | Tiada Perkhidmatan |  * Untuk hari Sabtu minggu
        pertam dan ke tiga, waktu perkhidmatan adalah mengikut jadual
        hari Ahad dan cuti umum.B ) Perkhidmatan Farmasi
        Pesakit Dalam Merupakan induk yang memberi
        perkhidmatan pembekalan ubat kepada pesakit-pesakit di dalam
        wad dan untuk kegunaan unit/klinik. Perkhidmatan ini diberikan
        melalui 3 kemudahan iaitu : 
          Farmasi Bekalan Wad - Membekalkan
          ubat kepada semua pesakit dalam.
          Farmasi Satelit - Membekalkan
          ubat kepada semua pesakit dalam dan discaj di tingkat 7 &
          8.
          Pendispen di sisi katil -
          Membekalkan ubat kepada pesakit discaj di wad Teratai
         
          Waktu Perkhidmatan :
           
          C ) Perkhidmatan Kaunseling.
            | Jenis Perkhidmatan | Isnin-Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad dan cuti Umum |  
            | Farmasi Bekalan Wad | 8.00 am- 1.00 pm 2.00 pm - 4.30 pm | 8.00 am- 12.15 2.45pm - 4.30pm | *8.00 am- 12.50 pm | 10.00 am - 3.00 pm |  
            | Farmasi Satelit | 8.00 am- 1.00 pm 2.00pm - 4.30 pm | 8.00 am- 12.15 pm 2.45 pm- 4.30pm | 8.00 am- 12.15 pm 2.45pm - 4.30 pm | Tiada perkhidmatan |  
            | Pendispen di sisi katil | * Untuk preskripsi yg diterima oleh Farmasi Bekalan
            Wad sebelum pukul 11.00 pagi | Tiada Perkhidmatan |  Perkhidmatan ini menyediakan
        perkhidmatan kaunseling dan pendidikan pesakit mengenai ubat-ubatan
        untuk meningkatkan lagi kefahaman dan pengetahuan pesakit berkaitan
        rawatan perubatannya. Ini memastikan penggunaan dan penglibatan
        pesakit secara lebih aktif di dalam perubatan mereka demi menjamin
        kejayaan rawatan.D ) Perkhidmatan Persediaan
        Steril. Perkhidmatan ini bertanggungjawab
        untuk menyedia dan membekalkan persediaan steril (sucihama) dalam
        bentuk sedia dipakai (ready to use) kepada pesakit. Perkhidmatan
        ini meliputi persediaan Larutan Nutrisi Parental dan persediaan
        ubat titis mata/telinga/khas.E ) Perkhidmatan Rekonstitusi
        sitotoksik Perkhidmatan ini meliputi
        penyediaan dan pembekalan ubat sitotoksik ( ubat yang digunakan
        di dalam rawatan kancer ) dengan cara yang selamat dan berkesan
        dalam bentuk sedia dipakai (ready-to-use) kepada wad dan Pusat
        Jagaaan Harian.F ) Perkhidmatan Farmakokinetik
        Klinikal Perkhidmatan ini diberikan
        kepada pesakit-pesakit yang mengambil ubat-ubat tertentu dimana
        sampel darah pesakit diambil dan paras ubat yang dimakan oleh
        pesakit diuji. Dengan keputusan paras ubat tersebut, dos yang
        paling sesuai untuk pesakit berkenaan akan disyorkan kepada doktor
        untuk menghasilkan rawatan optima.G ) Perkhidmatan Perolehan
        dan Pembekalan ( Stor Integrasi ) Perkhidmatan ini menyokong
        perkhidmatan rawatan pesakit dengan menyediakan keperluan perubatan
        termasuk ubat dan bukan ubat bagi seluruh hospital dan juga semua
        Pusat Kesihatan di dalam Daerah Kuantan. [BACK]           
 |