![]() |
![]() |
![]() |
![]() Projek Sebelum 1996
Projek Tahun 1997
Perisian Kawalan Inventori Stor Berkomputer Perisian Kawalan Inventori Berkomputer dibangunkan oleh pegawai dan kakitangan stor Integrasi Perubatan Daerah Kuantan di hospital ini dalam tahun 1986. Perisian ini telahpun dapat meringankan beban kerja kakitangan stor khususnya dalam urusan simpanan rekod penerimaan dan pengeluaran. Ia juga banyak membantu dalam perancangan perolehan stor kerana keupayaan memberikan maklumat-maklumat seperti kos dan penggunaan dengan tepat dan cepat. Perisian ini telah diterima oleh Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan dan digunakan di semua Stor Perubatan Integrasi Negeri dan seluruh Kementerian Kesihatan Malaysia. [KE ATAS]
Konsep Stor Integrasi Daerah diilhamkan oleh Jabatan Farmasi hospital ini dalam tahun 1988 untuk menggantikan Stor Perubatan Negeri. Perubahan ini telah menjadikan stor-stor perubatan di setiap hospital berfungsi sebagai pembekal untuk unit-unit kesihatan dalam daerah masing-masing dan tidak lagi Stor Perubatan Negeri. Langkah ini telah mendekatkan jarak antara unit-unit kesihatan dengan punca bekalan utama dan membolehkan tindakan yang lebih responsif kepada keperluan tempatan. Konsep ini telah membawa kepada pemansuhan Stor Perubatan Negeri dan ini telah menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Konsep ini telah menjimatkan kos pengangkutan bagi Klinik-klinik Kesihatan dalam perolehan barang. [KE ATAS]
Inovasi "Lead Shield" untuk pengambilan gambar x-ray pelvis pesakit hamil dihasilkan oleh Juruteknologi X-Ray Encik Bon Ka Kion dan telahpun memenangi Anugerah Inovasi tahun 1993. Sebelum inovasi ini pengambilan gambar x-ray ibu mengandung mendedahkan janin dalam kandungan kepada radiasi. Inovasi ini telah membolehkan gambar x-ray "pelvic rim" diambil dan doktor melihat dengan jelas dan pasti dalam filem x-ray kesediaan pesakit melahirkan anak secara normal. [KE ATAS]
Oleh Jabatan Pembedahan Buku Temujanji bentuk baru diperkenalkan bagi menggantikan kad temujanji pesakit. Buku ini memuatkan lebih banyak maklumat yang dapat membantu pesakit dan kakitangan perubatan. Buku ini mengandungi ringkasan penyakit, nama doktor, jenis rawatan dan arahan tertentu untuk pesakit serta tarikh temujanji. Buku Temujanji ini telah digunakan di semua klinik di Hospital Tengku Ampuan Afzan. [KE ATAS]
Oleh Jabatan Patologi Berkonsepkan Makmal Bergerak, Mobile Lab dibawa ke pesakit untuk pengambilan contoh FNAC bagi proses pencelupan dan pendiagnosan. Sistem ini berjaya mengelakkan berlakunya pengurang pengambilan contoh FNAC yang lazimnya mengambil masa 14 hari. Melalui Mobile Lab, pengambilan FNAC dapat diselesaikan secara terus (right on the spot). ini secara langsung memberi kemudahan dan keselesaan kepada pesakit. [KE ATAS]
Oleh Jabatan Farmasi Berkonsepkan Farmasi Bergerak, Farmasi Ekspress memberi perkhidmatan kepada pesakit di Klinik Orthopedik pada hari klinik iaitu Selasa dan Rabu, jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pesakit dari Klinik Orthopedik tidak perlu datang ke Kaunter Farmasi untuk mendapatkan bekalan ubat. Ini memberi keselesaan kepada pelanggan disamping mengurangkan kesesakan di Kaunter Farmasi. Mula dilaksanakan pada Ogos 1997 dengan purata 49 orang pesakit. [KE ATAS]
Oleh Jabatan Psikiatri Projek berasaskan konsep `Pensyarikatan Malaysia' di mana sebuah syarikat swasta dengan kerjasama Jabatan Psikiatri telah memberi kepercayaan kepada pesakit psikiatri untuk mengeluarkan Bunga Telur dan Bunga Bonsai. Projek ini merupakan salah satu aktiviti pemulihan pesakit di samping sebagai persediaan kepada mereka untuk kembali ke pangkuan masyarakat dalam bidang pekerjaan. [KE ATAS]
Penyediaan dan Pembungkusan Ubat-ubatan Oleh Jabatan Farmasi Penyusunan semula lokasi simpanan ubat dan pelabelan ubat supaya seragam, sistematik dan mudah diperolehi. Sistem ini telah mempercepatkan proses pembekalan ubat kepada pesakit di kaunter. Hasilnya, masa menunggu pesakit di Kaunter Pesakit Luar menurun dari 4.4 minit ke 3.27 minit dan di Kaunter Klinik Pakar dari 4.51 minit ke 3.74 minit. [KE ATAS]
Penyeragaman Folder dan Rekod Pesakit Berasaskan POMR Oleh Unit Rekod Perubatan Folder dan format rekod pesakit yang seragam digunakan bagi pesakit sama ada bagi pesakit dalam atau pesakit luar. Kaedah ini bagi mengatasi kemungkinan berlaku maklumat tidak lengkap, tertinggal atau hilang terutamanya bagi rekod-rekod yang melibatkan perundangan. [KE ATAS]
Oleh Unit Kebajikan Perubatan Badan Bukan Kerajaan (NGO's) dan individu memberi perkhidmatan kebajikan kepada pesakit secara sukarela. Pada satu oktober 1997, terdapat sejumlah 13 kumpulan sukarelawan yang terdiri daripada 205 orang ahli memberikan perkhidmatan secara berjadual di HTAA. Antara perkhidmatan yang dijalankan ialah memberi sokongan emosi dan sosial kepada pesakit, memberi `tuition' kepada pesakit kanak-kanak, kaunseling dan Perpustakaan Bergerak. [KE ATAS] Mendispen Ubat Pesakit Discaj Dalam Wad Oleh Jabatan Farmasi Memanjangkan perkhidmatan penyayang kepada pelanggan dengan membawa perkhidmatan pembekalan ubat kepada pesakit discaj di Wad Pembedahan dan Wad Bersalin ke sisi katil sebelum pesakit keluar wad. Purata seramai 14 orang pesakit telah mendapat perkhidmatan ini sehari. [KE ATAS]
|